Salam 1 Malaysia
Masyarakat zaman dahulu mengamalkan sistem barter , iaitu aktiviti pertukaran barangan secara langsung antara seseorang induvidu dengan individu yang lain tanpa penggunaan wang .
Namun , melalui sistem barter , terdapat banyak masalah yang boleh timbul . Antaranya :
- Individu sukar memenuhi dua kehendak yang serentak untuk memperoleh barangan yang diperlukan .
- Barang yang ditukar tidak mempunyai nilai yang tepat .
- Barangan sukar untuk dibahagikan kepada unit-unit yang kecil .
- Barangan tidak mempunyai simpanan nilai yang baik iaitu tidak tahan lama dan akan mengalami kemerosotan nilai .
Dalam konteks ekonomi , wang didefinasikan sebagai sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan pertukarang untuk memperoleh barang dan perkhidmatan yang dikehendaki .
Syarat penting untuk sesuatu bahan diterima sebagai wang ialah mendapat keyakinan masyarakat umum dari segi kestabilan nilainya .
Pada zaman dahulu , wang terdiri daripada wang komoditi , wang logam , berlian , mutiara , resit daripada tukang emas dan akhirnya menjadi wang sah , iaitu wang kertas dan duit syiling . Malah deposit semasa dalam bank juga merupakan sebahagian daripada jenis wang yang banyak beredar dalam ekonomi yang maju dan aktif .