Kata-kata Aluan dan Profil Pemilik Blog ツ

My photo
Batu Pahat, Malaysia
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia . Saya , Nur Syarah Rabiha Binti Baharudin mewakili SMK Convent , Batu Pahat Johor. Berumur 17 tahun . Saya merupakan calon SPM 2011 dan mengambil subjek Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas sebagai subjek peperiksaan saya . Oleh itu , saya mempunyai sedikit asas-asas ilmu mengenai kewangan . Blog ini ditubuhkan adalah untuk saya berkongsi sedikit sebanyak ilmu mengenai wang dan bagaimana ingin menjadi seseorang yang celik wang . Tidak semua mampu menyimpan wang dengan bijak . Ingin tahu lebih lanjut , sila follow blog saya ini dan click "LIKE" di Fan page Facebook . Selamat Membaca dan jangan lupa tinggalkan komen atau soalan anda . Terima Kasih :)

Thursday 7 July 2011

Video daripada Kids & Cash - Langkah 5 - Tulis apa yang telah dibelanjakan .

 SALAM 1 MALAYSIA

Hai semua . Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf kerana lambat update langkah yang ke-5 . Maaf ya jika ada yang menunggu .  Hari ini , saya akan berkongsi dengan anda semua video terakhir dari Kids & Cash . Jom saksikan nya  ...


 

*Ada soalan ? Jangan segan untuk bertanya . Ilmu itu pelita hidup :)

Tuesday 28 June 2011

Video daripada Kids & Cash - Langkah 4 - Tahu apa itu KEPERLUAN dan KEHENDAK



SALAM 1 MALAYSIA   

Alhamdulillah , kini saya sudah berkongsi dengan anda 3 video daripada Kids & Cash . Tinggal 2 lagi video . Pada hari ini , saya ingin berkongsi dengan anda langkah ke 4 iaitu Bezakan Keperluan atau Kehendak . Jom tonton ..


 

*Ada soalan ? Jangan segan untuk bertanya . Ilmu itu pelita hidup :)

Thursday 23 June 2011

Video daripada Kids & Cash - Langkah 3 - Buat Bajet



SALAM 1 MALAYSIA 

Hai semua , apa khabar ? Diharap , sihat-sihat selalu ya . Baiklah , pada hari ini saya akan berkongsi dengan anda 1 video daripada "Kids & Cash" yang bertajuk Buat Bajet . Mari saksikan nya .



 

*Ada soalan ? Jangan segan untuk bertanya . Ilmu itu pelita hidup :)

Saturday 18 June 2011

Kids & Cash - Langkah 2 - Buat 'Money Plan'

SALAM 1 MALAYSIA 

Video pada minggu ini ialah  bertajuk "Buat Money Plan" . Selamat Menonton ..

 

*Ada soalan ? Jangan segan untuk bertanya . Ilmu itu pelita hidup :)

Friday 17 June 2011

Video Kids & Cash - Langkah 1 - Buat matlamat yang S.M.A.R.T.

Salam 1 Malaysia

Pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda cara-cara mendidik anak anda menyimpan wang melalui video-video Kids & Cash . Terdapat 5 langkah . InsyaAllah 1 minggu 1 video akan saya kongsikan bersama anda . Video pada minggu ini bertajuk "Buat matlamat yang S.M.A.R.T . Apa itu S.M.A.R.T ? Jom tonton video ini ..






*Ada soalan ? Jangan segan untuk bertanya . Ilmu itu pelita hidup :)

TIP MEMBUAT ADUAN DAN TEMPAT MEMBUAT ADUAN


Salam 1 Malaysia

TIP MEMBUAT ADUAN YANG BERKESAN :

1 . Simpan semua maklumat pembelian di dalam fail.
2 . Dapatkan bukti yang berkaitan.
3 . Bertenang dan atur strategi yang berkesan.
4 . Gunakan fakta dan statistik untuk membuktikan kesahihan aduan.
5 . Tulis surat aduan yang ringkas dan padat.
6 . Ikuti dan catat perkembangan aduan yang dilaporkan.
7 . Gunakan media massa untuk membuat laporan aduan


SALURAN UNTUK MEMBUAT ADUAN :



1) E – Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)
Sistem E-Aduan membolehkan pengguna membuat aduan kepada KPDNKK berkaitan sebarang aktiviti perniagaan yang tidak beretika. Sistem eAduan ini dibangunkan dan dilaksanakan dengan satu objektif: untuk menyediakan satu medium menerima aduan melalui internet daripada orang ramai.

Laman web : http://eaduan.kpdnkk.gov.my/ 
Email : e-aduan@kpdnkk.gov.my


2) Biro Pengaduan Awam (BPA)
Biro Pengaduan Awam (BPA) memberi kemudahan kepada rakyat untuk membuat aduan terhadap agensi kerajaan. Antara objektif BPA ialah memberi khidmat nasihat kepada agensi bagi meningkatkan sistem pengendalian aduan awam yang berkesan dan mengesan isu-isu yang boleh menjadi punca aduan orang awam

Laman web : http://www.pcb.gov.my/
Tel : 03-88725777




3) Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM)
Pengguna boleh membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya tentang sebarang isu berkaitan dengan sektor komunikasi dan multimedia merangkumi telekomunikasi, penyiaran, perkhidmatan internet, perkhidmatan pos, kurier dan pensijilan digital.

Laman Web : http://www.skmm.gov.my/ 
E-mail : aduanskmm@cmc.gov.my 



4) Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999 yang mula berkuatkuasa pada 15 November 1999. Bahagian XII Akta mengandungi 38 Seksyen yang menyentuh tentang pelbagai aspek Tribunal seperti keanggotaan Tribunal, bidangkuasa Tribunal, prosiding Tribunal, award Tribunal dan lain-lain perkara berkaitan. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia menyedikan alternatif kepada pengguna untuk memfailkan sebarang gantirugi dan pampasan terhadap peniaga secara online.

Laman Web : http://ttpm.kpdnkk.gov.my
Tel : 03-88825822


5) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Sistem aduan Kementerian Kesihatan ini dibangunkan sebagai medium untuk pengguna membuat aduan berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan agensi terbabit dibawahnya.

Laman web : http://www.moh.gov.my
Email : kkm@moh.gov.my



6) Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KTTHA)

Diwujudkan untuk membuat sebarang aduan, pertanyaan, cadangan yang berkaitan perkhidmatan tenaga, teknologi hijau dan air.

Laman Web : http://aduan.kettha.gov.my
E-mail : aduans@ktak.gov.my




7) Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC)

Pusat aduan setempat bagi memberikan khidmat nasihat, membantu menyalurkan aduan kepada pihak yang bersesuaian seperti agensi kerajaan, pengeluar, pengedar atau penjual dan menjalankan perundingan antara pihak pengadu dengan pihak dituntut.

Laman web : http://www.nccc.org.my/v2
Tel : 03 7877 9000

TIP BERJIMAT-CERMAT

 Salam 1 Malaysia 



Salah satu cara pengurusan bijak dan kreatif dalam kewangan keluarga ialah dengan berjimat cermat. Sesungguhnya orang yang suka membazir itu adalah saudara syaitan. Berikut adalah beberapa tip untuk berjimat cermat dalam urusan kewangan keluarga untuk dijadikan panduan kita bersama :

Tip 1: Sediakan bajet kewangan keluarga
Ukurlah baju di badan sendiri. Elakkan berbelanja di luar kemampuan. Melalui bajet kewangan, perbelanjaan dapat dikawal. Utamakan yang utama bagi keperluan keluarga. Bandingkan antara keperluan dengan kehendak .

Tip 2: Merancang kewangan untuk masa depan
Sediakan payung sebelum hujan. Wujudkan simpanan tetap atau tabungan untuk masa depan atau kecemasan. Juga boleh membuat simpanan dalam skim takaful yang memberikan manfaat perlindungan yang tidak kita dapati dengan simpanan biasa. Bagi mereka yang berminat dengan amanah saham, pilihlah yang terbaik untuk membuat pelaburan.

Tip 3: Masak sendiri
Kurangkan makan di kedai. Ini lebih jimat, terutama bagi mereka yang mempunyai ahli keluarga yang ramai. Air tangan ibu atau isteri akan mengikat kasih sayang antara keluarga serta lebih terjaga kebersihannya. Secara tak langsung keluarga yang sihat akan mengurangkan kos perubatan yang tidak kurang mahalnya.

Tip 4: Bawa bekal ke pejabat atau sekolah
Jangan malu untuk membawa bekal ke pejabat. Malahan anak-anak juga perlu diajar membawa bekal ke sekolah. Dengan cara ini kita dapat berjimat paling kurang RM3 sehari. Duit yang dijimatkan ini boleh dijadikan simpanan untuk masa hadapan dan kecemasan.

Tip 5: Elakkan memandu kenderaan sendiri
Walaupun harga minyak telah turun namun amalan berjimat akan sentiasa menguntungkan kita. Gunakan kenderaan awam seperti bas, komuter atau LRT sebagai alternatif. Atau boleh juga berkongsi kereta dengan rakan sepejabat.

Tip 6: Jimatkan penggunaan air, elektrik dan gas
Keluarga perlu dididik untuk menghargai nikmat ini dan elakkan dari pembaziran. Tutup peralatan elektrik di ruang yang tidak digunakan. Berpada-pada menggunakan pendingin udara, begitu juga air di bilik mandi ketika mandi atau mencuci.

Tip 7: Tanam sendiri sayur-sayuran
Serai, kunyit, daun pandan dan daun kari mudah untuk ditanam. Bagi yang tidak mempunyai tanah dan ruang masih boleh menanamnya di dalam pasu. Begitu juga sayuran seperti sawi, kangkung, cili malahan pisang juga tidak susah untuk ditanam. Mengamalkan cara ini akan dapat menjimatkan perbelanjaan keluarga dari perlu membeli sayur-sayuran yang telah ditanam seterusnya dapat mengisi masa lapang bersama keluarga.

Tip 8: Elakkan membawa anak-anak ketika membeli belah
Ini satu langkah yang baik, kerana kehadiran anak-anak biasanya mendorong kita membeli barang-barang yang tidak sepatutnya dibeli. Seelok-eloknya senaraikan barang-barang yang ingin dibeli terlebih dahulu sebelum keluar membeli belah. Cara ini dapat menjimatkan masa dan juga menggelakkan tabiat boros berbelanja.

Tip 9: Beli secara pukal
Ini jauh lebih murah berbanding jika kita membeli secara sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan saiznya. Beli barang-barang sama ada untuk stok seminggu atau sebulan. Ini akan menjimatkan wang dan masa.

Tip 10: Lakukan perbandingan harga dahulu
Amalan ini adalah penting kerana kadang kala terdapat perbezaan harga di antara kedai, lain tempat lain harga walaupun barang yang dijual adalah sama dari segi jenis dan kualitinya. Amalan ini membantu juga untuk berjimat.

Tip 11: Kurangkan pembelian barangan berjenama
Dalam situasi ekonomi yang merosot kini, kita tidak perlu terlalu berkira tentang jenama barangan yang ingin dibeli. Jika barangan tersebut mempunyai kualiti yang baik setanding dengan barangan berjenama, kita sebagai pengguna harus bijak memilihnya.
Diharapkan agar panduan di atas dapat memberikan sedikit sebanyak informasi berguna kepada kita sebagai pengguna dalam menghadapi situasi ekonomi yang tidak menentu kini seterusnya menjadikan kita sebagai pengguna yang bijak.



TIP MEMBELI-BELAH

Salam 1 Malaysia 




Bepandukan gambar diatas , pada hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang beberapa tip terpilih untuk membeli-belah . Ayuh baca ..

~ Senaraikan keperluan yang hendak dibeli agar tidak terbeli barang-barang yang tidak perlu.

~
Jangan membeli-belah semasa lapar. Keadaan lapar mendorong kita membeli lebih daripada yang diperlukan.

~
Jangan membawa wang yang berlebihan daripada
anggaran harga keperluan yang disenaraikan.

~
Lakukan pembelian keperluan secara sekaligus, jangan membeli secara sedikit-sedikit kerana ini akan menyebabkan kita sering ke kedai.

~
Beli barangan keperluan secukupnya. Pembelian yang berlebihan adalah membazir.

~
Pastikan barang-barang yang hendak dibeli mempunyai harga yang berpatutan

~
Elakkan membawa ramai ahli keluarga bagi mengelakkan pembelian yang terkeluar daripada senarai.

~
Berubah kepada produk generik (house brand) dan utamakan Barangan Buatan Malaysia.

~
Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran berbanding makanan yang diproses.

~
Gunakan bakul semasa membeli belah berbanding troli.

~
Jangan terpedaya dengan jualan promosi, jualan murah dan potongan harga.

~
Gunakan wang tunai. Elakkan pengunaan kad kredit supaya perbelanjaan dapat dihadkan.

~
Amalkan pembelian terancang. Utamakan keperluan daripada kemahuan

Thursday 16 June 2011

KUASA BELI PENGGUNA



Salam 1 Malaysia

Memahami Kuasa Beli Pengguna

Kuasa beli adalah kemampuan pengguna untuk memperolehi barangan dan perkhidmatan dengan pendapatan boleh gunanya. Ia juga merujuk kepada nilai wang dan jumlah barangan atau perkhidmatan yang dapat dibeli dengan satu unit mata wang. Beberapa unsur yang mempengaruhi kuasa beli pengguna ialah;
Harga barangan dan perkhidmatan.
Pengguna yang bijak akan dapat membelanjakan wangnya dengan baik, jika dia mampu mendapatkan pulangan yang memuaskan untuk setiap nilai wang yang dibelanjakannya pada harga yang tertentu.
Permintaan dan penawaran terhadap barangan dan perkhidmatan.
Jika permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan meningkat, sementara penawarannya kurang akan menyebabkan kenaikan dalam harga. Kenaikan harga ini akan mengurangkan kuasa beli pengguna. Namun, jika permintaan kurang dan penawaran berlebihan, harga akan turun dan ini akan menambahkan kuasa beli pengguna.

Pendapatan pengguna.
Kuasa beli pengguna akan meningkat jika pendapatan pengguna juga meningkat dan kuasa belinya akan turun apabila pendapatannya berkurangan. Bagaimanapun dalam hal-hal tertentu, kuasa beli pengguna juga akan berkurangan walaupun pendapatannya meningkat. Pengguna yang bijak akan dapat meningkatkan kuasa belinya jika dia bijak merancang perbelanjaannya.
Cita rasa pengguna.
Kuasa beli pengguna juga dipengaruhi oleh tahap cita rasa pengguna itu sendiri. Pengguna yang terlalu mengikut cita rasanya apabila berbelanja akan mengurangkan kuasa belinya dan boleh mengakibatkan dia mengalami kerugian.

Sehubungan dengan itu, adalah penting setiap pengguna memahami kuasa beli masing-masing. Kebijaksanaan pengguna dalam menggunakan kuasa beli akan dapat membantu mereka menambahkan nilai terhadap perbelanjaan, sekaligus memberi erti kepada pendapatan mereka.

*Sumber daripada : www.kpdnhep.gov.my

HAK-HAK PENGGUNA MALAYSIA

Salam 1 Malaysia

4.0 HAK-HAK PENGGUNA

4.1 - Pada masa ini, lapan hak asasi pengguna ini telah diterima secara universal. Selain daripada mengiktiraf 15 Mac sebagai Hari Hak - Hak Pengguna Sedunia, aspek-aspek hak asasi pengguna ini diambil kira apabila negara menggubal, meminda atau mengkaji semula sesuatu undang-undang yang ada hubungkait dengan pengguna.

4.2 - Dalam tahun 1962, J.F. Kennedy, Presiden Amerika Syarikat pada masa itu, telah mengenalpasti dan mengisytiharkan empat hak asasi pengguna seperti berikut :
(a) Hak Untuk Mendapat Keselamatan;
(b) Hak Untuk Mendapat Maklumat;
(c) Hak Untuk Membuat Pilihan; dan
(d) Hak Untuk Menyuarakan Pendapat.

4.3 - Kemudiannya, Consumers International, di samping mengiktiraf hak - hak asasi pengguna yang telah diisytiharkan oleh JR Kennedy itu, telah mengenalpasti empat lagi hak-hak asasi pengguna iaitu :
(a) Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas;
(b) Hak Untuk Mendapat Gantirugi;
(c) Hak Untuk Mendapat Pendidikan Pengguna; dan
(d) Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat dan Selamat.
(i) Hak Untuk Mendapat Keselamatan

4.4 - Para pengguna adalah berhak dilindungi dari bahaya yang mengancam kesihatan dan keselamatan jiwa semasa menggunakan barangan dan perkhidmatan.

Hak Untuk Mendapat Maklumat
4.5 - Pengguna adalah berhak mendapatkan maklumat maklumat Yang jelas mengenai kegunaan bahan-bahan Yang terkandung dan cara perniagaan barang atau perkhidmatan. Ini supaya para pengguna tidak di tipu.

Hak Untuk Membuat Pilihan
4.6 - Pengguna adalah berhak diberi peluang memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mempunyai mutu yang memuaskan setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia adalah mengikat kontrak dengan penjualnya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan yang diingini dan membayar dengan harga yang telah ditetapkan oleh para penjual untuk mendapatkannya.

Hak Untuk Menyuarakan Pendapat
4.7 - Pengguna adalah berhak menyuarakan pendapat apabila berasa tidak berpuashati terhadap barangan atau perkhidmatan yang diperolehi seperti tidak mendapat layanan yang sewajarnya. Apabila pengguna membeli sesuatu barangan atau perkhidmatan bererti pengguna dan penjual telah mengikat sesuatu kontrak. Mengikut kontrak tersebut barang yang dibeli mestilah sempurna untuk kegunaannya atau seperti yang dinyatakan oleh penjual.

Hak Untuk Mendapat Keperluan Asas
4.8 - Pengguna adalah berhak kepada barangan dan perkhidmatan asas kehidupan seperti makanan, pakaian, perumahan, kesihatan dan lain-lain. Ini bermakna bahawa sebagai seorang pengguna kita adalah berhak kepada bekalan air yang bersih dan perkhidmatan kesihatan yang sempurna. Ini dapat mengelakkan daripada sebarang penyakit yang berjangkit berlaku.

Hak Untuk Mendapat Gantirugi

4.9 - Pengguna berhak mendapat penyelesaian untuk pembelian keluaran yang cacat atau berbahaya ataupun perihal dagangannya yang ‘mengelirukan’ serta pampasan bagi perkhidmatan yang menyeleweng atau tidak menepati perjanjian.
Ganti rugi harus diberi bagi keluaran atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada penggunanya yang menggunakan keluaran atau perkhidmatan itu mengikut arahan pengeluar. Ganti rugi juga wajib diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian majikan.

Hak untuk mendapatkan pendidikan pengguna
4.10 - Pengguna berhak mendapat pendidikan pengguna yang mencukupi dan berterusan. Ini kerana sistem pendidikan lazimnya tidak memberi perhatian yang sewajarnya kepada pendidikan pengguna. Falsafah pendidikan pengguna masa ini lebih cenderung melatih pelajar menjadi pekerja atau majikan yang berkesan dan kurang melatih bagaimana hendak menjadi pengguna yang bijak. Tanggungjawab ini dilaksanakan oleh pihak berkuasa, pertubuhan-pertubuhan pengguna dan pengeluar barang-barang dan perkhidmatan atau para penjual yang menjadi agen mereka.

Hak Untuk Mendapat Alam Sekitar Yang Sihat Dan Selamat
4.11 - Pengguna adalah berhak untuk mendapatkan alam sekitar yang bersih dan sihat yang boleh memperbaiki mutu kehidupannya.

4.12 - Ini menunjukkan bahawa hak pengguna bukan sahaja terbatas kepada proses jual beli, tetapi merangkumi keadilan sosial dan ekonomi, pendidikan, alam sekitar serta penyertaan masyarakat dalam proses demokrasi. Namun begitu kebanyakan para pengguna masih lagi tidak menyedari dan memahami sepenuhnya hak - hak dan tanggungjawab mereka sebagai pengguna. Keadaan ini berlaku bukan sahaja disebabkan oleh sistem penyebaran maklumat mengenainya yang amat terbatas tetapi juga sikap acuh tak acuh para pengguna sendiri.

4.13 - Kebajikan pengguna (hak-hak pengguna) akan dapat dipertahankan dengan cemerlang dalam jangka masa panjang melalui pendidikan. Semakin tinggi standard pendidikan kepenggunaan di kalangan pengguna semakin tinggilah kesedaran dan keupayaan pengguna menilai secara lebih tepat ke atas faedah yang boleh mereka perolehi dari pembelian ke atas sesuatu barangan atau perkhidmatan serta berupaya menuntut haknya sebagai pembeli mengikut lunas-lunas keadilan dan undang undang. Pengguna yang peka dan mempunyai pengetahuan yang memadai dan pergerakan pengguna yang sihat akan menyediakan stimulus yang berharga kepada peniaga untuk menyediakan barangan dan perkhidmatan yang benar-benar dikehendaki pada masa, tempat dan harga yang sesuai.

ANDA PENGGUNA YANG RASIONAL ?


Salam 1 Malaysia

GARIS PANDUAN UNTUK PENGGUNA BERTINDAK RASIONAL .
BELI BARANG BERKUALITI
Barang yang harganya tinggi tidak bererti bahawa barang itu mempunyai kualiti yang terbaik . Oleh itu, pengguna perlu menilai perbandingan kualiti dengan harganya sebelum membuat keputusan membeli sesuatu barang .

BUAT PERBANDINGAN HARGA
Pengguna perlu bijak membuat penilaian melalui kaedah perbandingan harga di beberapa tempat , kedai , atau pasar raya sebelum membuat sebarang pembelian .

PERKHIDMATAN TERBAIK
Pengguna perlu prihatin terhadap kualiti sesuatu perkhidmatan yang diberikan . Tidak wajar mendapatkan perkhidmatan yang murah tetapi kemudiannya terpaksa mengeluarkan kos tambahan untuk membaik pulih hasil perkhidmatan sebelumnya .

BUAT PILIHAN YANG TEPAT
Pengguna bebas memilih dan menentukan barang serta perkhidmatan yang diperlukan berasaskan maklumat , keperluan , cita rasa , dan kemampuan masing - masing . Pengguna wajar mendapat jaminan kualiti barang dan dan perkhidmatan yang memuaskan pada harga yang berpatutan .

Friday 10 June 2011

Portal 1Pengguna kini tidak selamat , mudah digodam .



KUALA LUMPUR, 10 Jun — Portal 1Pengguna dilancarkan Selasa lalu telah diceroboh, yang mana penggodam memperoleh butiran-butiran peribadi dan alamat e-mel lebih 2,000 pengunjung yang telah mendaftar, kata pakar keselamatan.
Kata mereka, maklumat digodam juga akan digunakan untuk akses kepada data kewangan pengguna terbabit.
Portal komuniti Lowyat.net pagi ini melaporkan terdapat “beberapa kelemahan” dalam portal 1Malaysia Pengguna Bijak (1MPB), projek bernilai RM1.4 juta itu, sehingga membolehkan penggodam memperoleh maklumat peribadi pengguna walaupun ia dilaporkan rahsia.
Maklumat peribadi termasuk nama, alamat, tarikh lahir dan bank atau syarikat boleh menyebabkan berlaku kecurian identiti.
“Kata laluan ini tidak sukar untuk digodam, anda juga boleh gunakan kelemahan-kelemahan ini memburukkan keseluruhan portal,” kata pengasas Lowyat.net dan ketua pegawainya Vijandren Ramadass kepada The Malaysian Insider.
Vijandren juga berkata, Lowyat telah menemui “beberapa kelemahan keselamatan dalam portal itu” ketika ia dilancarkan dan memaklumkan perkara itu kepada pentadbir laman web itu, namun gagal.
Beliau berkata, penggodam yang digelar “Rilekscrew” juga menyatakan “kelemahan-kelemahan ini membenarkan semua data diperoleh daripada pelayan.”
“Jelas, ini bukan projek bernilai RM1.4 juta. Keselamatan dan peribadi pengguna begitu penting terutamanya dalam laman web milik kerajaan,” katanya.
The Malaysian Insider juga memperoleh satu senarai melebihi 1,000 butiran pengguna dari kedua-dua laman web itu.
Semalam, Putrajaya mengakui portal 1MPB masih belum bersedia menerima 3.5 juta capaian sejak dilancarkan dua hari lalu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laman web 1pengguna.com “mengalami masalah” selepas mencecah sebanyak 300,000 hingga 400,000 capaian sehingga menyebabkan server portal itu terjejas.
Putrajaya melancarkan portal itu Selasa lalu dengan meletakkan senarai harga barang-barang keperluan.
Portal itu mempamerkan harga 355 jenis barangan di pasar raya besar, 100 jenis barangan di pasar raya, pasar basah (50) dan kedai serbaneka (100).
Sebarang perubahan harga akan dikemas kini secara harian.
Bagaimanapun kelmarin usaha untuk memperoleh maklumat daripada laman web itu gagal kerana terlalu sibuk.

Tuesday 7 June 2011

TARIF ELEKTRIK AKAN MENINGKAT


Salam 1 Malaysia


Mulai 1 Jun 2011, tarif elektrik bagi sektor tertentu, termasuk pengguna domestik akan meningkat dengan kadar purata sebanyak 2.23 sen per kilowatt sejam (kwj) atau 7.12 peratus. Walau bagaimanapun semakan tarif elektrik ini tidak melibatkan pengguna yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kwj, atau RM77.00 sebulan. Ini melibatkan 4.4 juta atau 75 peratus pengguna domestik.

Begitu juga kerajaan akan terus memberikan bekalan elektrik secara percuma kepada pengguna yang bil elektriknya di bawah RM20 sebulan sehingga Disember 2011. Pemberian percuma ini sebagaimana yang dibentangkan dalam bajet 2011.

Walaupun rata-ratanya pengguna domestik tidak akan mengalami kesan drastik terhadap semakan tarif elektrik, namun apa yang dibimbangkan ialah kemungkinan berlakunya kenaikan harga barang yang disebabkan oleh kenaikan tarif elektrik tersebut. Ini berlaku disebabkan sektor industri, termasuk industri kecil, turut mengalami tempias kenaikan tarif elektrik. Lazimnya apabila sektor ini mengalami kenaikan kos, maka kenaikan tersebut akan dilepaskan semula kepada pengguna dalam bentuk kenaikan harga barang. Kebimbangan pengguna ini ada asasnya berdasarkan pengalaman kenaikan tarif elektrik pada tahun 2008 dahulu. Begitu juga dengan kenaikan bahan api dan gula pada akhir 2010 dan awal 2011.

Kerajaan mengatakan bahawa kenaikan tarif elektrik ini hanya membabitkan kenaikan sedikit kos operasi antara RM4.00 hingga RM5.00 sebulan. Namun terdapat peniaga yang menaikkan harga secara melampau, melebihi kenaikan kos yang sebenarnya mereka tanggung.

Oleh itu kerajaan perlu membuat pemantauan bagi memastikan peniaga tidak menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya. Dalam hal ini kerajaan perlu melaksanakan penguatkuasaan menurut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan dengan tegas.

Dalam masa yang sama juga, pengguna perlu melakukan penjimatan dalam menggunakan tenaga elektrik. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh FOMCA semasa Kempen Penjimatan Tenaga, mendapati kebanyakan pengguna sering membazirkan tenaga elektrik. Oleh itu mereka perlu menjimatkan penggunaan elektrik di rumah mereka dengan menggunakan peralatan elektrik jimat tenaga serta menutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan, dan bukannya meletakkannya pada mode “standby”. Demikian juga apabila keluar bilik, tutup dahulu lampu dan kipas.

Banyak lagi tip penjimatan yang boleh dilakukan oleh pengguna sekiranya mereka ingin menjimatkan penggunaan elektrik. Bak kata pepatah, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.”

Kerajaan juga perlu meneruskan usaha untuk memperkembangkan penggunaan sumber tenaga yang boleh diperbaharui. Kebergantungan kepada sumber tenaga yang berasaskan fosil pada masa ini dalam menjana tenaga elektrik akan terus membebankan sektor penjanaan tenaga elektrik berikutan daripada harga bahan bakar yang tidak stabil dan terus meningkat.



Monday 6 June 2011

INFO :)

SALAM 1 MALAYSIA 

Hai semua , hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua sedikit info . Amat berguna bagi kita . Mungkin kita tidak sedar , pelbagai cara mudah kita boleh berjimat-cermat atau menabung . Jom baca ..

Wang simpanan setiap bulan akan bertambah apabila kita berbelanja secara berhemah. 

   Membuat simpanan bulanan perlukan disiplin diri, jadikannya sebagai rutin diri dan sebaik-baiknya keluarga. Jangan dilihat sangat berapa banyak yang kita boleh simpan tetapi bagaimana kita boleh membiay simpanan secara berterusan

   Masih belum terlambat untuk merancang simpanan. Mulai dengan RM100 sebulan. Dalam masa lima atau sepuluh tahun, kita tentu dapat melihat hasilnya. Namun banyak dorongan dan tarikan yang menggoda untuk berbelanja. Iklan di televisyen, surat khabar dan internet sentiasa merayu-rayu supaya duit kita mengalir keluar tanpa dapat dikawal. Kempen jualan murah juga kadang kala mencairkan hati yang sedang bersemangat hendak menyinpan. 

 AZAM UNTUK BERUBAH 

AZAM dan tekad untuk menjadi berani, kuat dan berkuasa mesti lahir dari kesedaran diri untuk berubah. Sebarang kelemahan diatasi dengan membina azam sedikit demi sedikit supaya lahir keyakinan untuk bertindak. Apakah contoh-contoh keazaman yang boleh dibuat atau dibentuk secara sedikit-sedikit ini ?

  • Membaiki diri boleh dilakukan dalam banyak aspek seperti meningkatkan pengetahuan sama ada formal ataupun tidak formal.
  • Membina kemahiran asas dan lanjutan supaya tidak bergantung kepada orang lain.
  • Memperelokkan penanpilan diri suapaya disenangi oleh orang lain yang berada di sekeliling.
  • Mahu jadi lebih baik daripada ibu bapa.
  • Berubah daripada keadaan sekarang ke suatu keadaan yang lebih baik.
Dalam hidup, kita banyak terlibat dalam aktiviti organisasi atau berkumpulan. Antaranya terlibat dalam perbincangan dan pelaksanaan di peringkat jawatankuasa kerja, membuat keputusan dalam hal ehwal rumah tangga dan boleh jugak bangun malam untuk menunaikan solat tahajjud sebagai elemen penting membina hubungan dengan Tuhan.




 

Saturday 28 May 2011

SENTIASA BERWASPADA TERHADAP KESELAMATAN PERBANKAN INTERNET


Salam ! Malaysia
 

Pada 11 April, media melaporkan berita tentang seorang pengguna yang terperdaya dengan e-mel yang diterima, yang menyatakan bahawa akaun banknya telah dibekukan. Bagi membolehkan akaun tersebut diaktifkan semula, pengguna tersebut diminta untuk memasukkan nama pengguna dan kata laluan di dalam laman web yang disertakan pautannya dalam e-mel tersebut. Laman web tersebut seakan-akan laman web bank pengguna tersebut. Selepas butiran peribadi tersebut dimasukkan, sebanyak RM 5,000 dalam akaun pengguna tersebut telah lesap.

Perkhidmatan perbankan internet telah bermula di Malaysia sejak tahun 2001. Menurut kajian yang dijalankan oleh AC Nielsen, perbankan internet merupakan salah satu perkhidmatan yang popular digunakan oleh pengguna internet di Malaysia.
Kes penipuan e-mel yang dikenali sebagai phishing ini bukanlah suatu yang baru. Bagi mereka yang mengetahui tentang kewujudannya, akan segera memusnahkan e-mel tersebut. Namun begitu, masih ada juga mangsa yang terjebak kerana e-mel phishing yang meletakkan pautan ke laman web palsu yang seakan-akan seperti laman web yang sebenarnya.
Ini telah mengelirukan mangsa sehingga menyebabkan mereka memasukkan butir-butir peribadi mereka. Menurut satu kaji selidik yang dijalankan oleh Universiti Harvard pada tahun 2006, laman web phishing yang direka bentuk dengan baik dapat memperdaya 90% orang yang mengambil bahagian dalam kaji selidik tersebut. Wang hasil peluh mangsa dipancing oleh penipu dengan beberapa klik sahaja.
CyberSecurity Malaysia telah menerima sebanyak 143 kes phishing yang mensasarkan laman web perbankan internet di Malaysia pada tahun 2010. Aduan yang diterima tidak dapat mengambarkan situasi realiti kes phishing yang sedang berleluasa. Pengguna perlu memberikan perhatian yang serius terhadap laman web phishing ini dan melaporkan kepada pihak berkenaan supaya laman web palsu tersebut ditutup agar orang ramai tidak terjebak kepada muslihat tersebut.

Pengguna internet perlu memahami bahawa institusi kewangan tidak membuat urusniaga yang berkaitan dengan akaun pelanggan mereka dengan melalui e-mel, seperti meminta nama pengguna dan kata laluan untuk mengemas kini akaun perbankan internet.

Apabila  menggunakan perkhidmatan perbankan internet, pengguna haruslah:
  1. - Memasuki laman internet itu dengan menaipkan URL yang betul. Jangan memasuki laman web tersebut menerusi pautan (link)
  2. - Selalu signout selepas selesai membuat urusan dengan perbankan internet.
  3. - Jangan memberitahu sesiapa tentang nama pengguna dan kata laluan anda. Ini merupakan maklumat peribadi yang penting
  4. - Jangan menyimpan nama pengguna dan kata laluan anda dalam komputer
  5. - Cetak penyata urusan perbankan anda sebagai rekod untuk memudahkan anda untuk mengesan balik urusan tersebut kelak.
  6. - Sentiasa menyemak butir-butir sejarah transaksi dan penyata anda untuk memastikan tiada transaksi yang tidak dibenarkan
  7. - Jangan membalas sebarang permintaan yang cuba mendapatkan nama pengguna dan kata laluan akaun anda melalui telefon, faks, ataupun e-mel, walaupun ia nampak sebagai urusan rasmi atau penting
Pengguna juga perlu meningkat pengetahuan tentang teknologi terkini serta menyedari pelbagai bentuk penipuan yang berlaku kerana ia mungkin akan terjadi kepada diri mereka suatu hari nanti.  Pengguna perlu sentiasa beringat bahawa tiada benda yang percuma di dunia ini. Jangan mudah terperdaya oleh umpan-umpan yang kelihatan menarik tetapi berbahaya. Uubahlah pemikiran supaya tidak tamak dan sentiasa berwaspada kepada risiko yang tersembunyi.

Tuesday 24 May 2011

10 TIPS BERNIAGA DI FACEBOOK


SALAM 1 MALAYSIA  

1) BIASAKAN DIRI 
Sebelum anda membuat keputusan untuk menggunakan Facebook sebagai platform pemasaran bisnes anda, bina akaun profil peribadi anda sendiri terlebih dahulu di Facebook untuk membiasakan diri dengan servis rangkaian sosial ini dan bagaimana selok-belok di dalamnya. 

2) PERANCANGAN
Sepertimana strategi pemasaran dan jualan lain, berniaga diFacebook juga memerlukan perancangan. Pastikan apa dan bagaimana anda ingin mempromosikan barangan anda dan kemudian lakukan di Facebook. Rancang dahulu.

3) BIAR LAMBAT TIDAK MENGAPA 
Anda tidak boleh mengharapkan respon sekelip mata. Ia memerlukan masa untuk membina dan mendapatkan respon yang anda harapkan. Satu hari nanti, satu minggu atau sebulan mungkin tidak mencukupi. Bina asas peminat (fan) terlebih dahulu untuk memlihat manfaatnya.

4) Facebook Page, Bukan Profil Baru
Elakkan diri daripada dihalang menggunakan Facebook kerana menggunakan beberapa akaun untuk profil anda. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun Facebook dan profil, apa yang anda perlukan hanyalah membina Facebook Page untuk tujuan perniagaan ini. Menu ini boleh didapati di bahagian bawah laman Facebook. Pilih kategori yang bersesuai. 

5) Butang Like
Butang "Like" Facebook membenarkan orang ramai berkongsi senarai tawaran yang anda anda sediakan. Dengan klik butang "Like", mereka boleh mengekses maklumat yang anda sediakan di muka Facebook anda. Ia membenarkan peminat anda klik "Like" dan meninggalkan komen. Boleh juga memasang butang "Like" ini pada laman web atau blog. 

6) Blog-Facebook 
Terdapat banyak juga aplikasi di luar sana yang mampu menghubungkan Blog atau suapan berita ke laman web Facebook anda. 

7) Berhubung
Untuk memastikan orang ramai mengunjungi muka Facebook anda, anda juga perlu berhubung dengan komuniti. 'Add' individu-individu yang dirasakan bersesuaian dengan tawaran anda atau serta komuniti anda. Facebook juga mempunyai laman blog dan forum.

8) Orang Berbudi Kita Berbakti
Sekiranya anda menerima banyak peminat baru, adalah baik untuk anda membina komunikasi dan hubungan dengan mereka secara langsung. Hantar mesej atau respon kepada setiap satu peminat anda sebagai tanda penghargaan mereka. 

9) Jual barangan di Facebook Marketplace
Tahukah anda bahawa di dalam Facebook terdapat aplikasi yang dinamakan Facebook Marketplace. Ia seperti eBey dan disini anda boleh menjual, membeli atau menyewakan hampir apa sahaja . Namun , anda harus bijak menggunakannya.

10) Iklan Berbayar
Facebook menawarkan aplikasi dan servis iklan berbayar. Sekiranya anda benar-benar serius hendak mencubanya, anda bolehlah memilih cara ini. Bajet pengiklanan juga boleh ditetapkan mengikut kemampuan anda . Namun , berhati-hati ya , jangan terpedaya.









Friday 20 May 2011

MENDIDIK ANAK TENTANG PENGURUSAN KEWANGAN

Salam 1 Malaysia 

Tidak terlalu awal untuk mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan. Kebanyakan syarikat kini menjadikan kanak-kanak seawall usia 18 bulan sebagai sasaran untuk memasarkan produk mereka. Didiklah anak anda tentang pengurusan kewangan sebelum syarikat tersebut mengajar mereka untuk berbelanja. Kanak-kanak boleh diajar untuk menyimpan duit dalam tabung walaupun sebelum mereka tahu cara untuk mengira duit. Bak kata pepatah melayu "Meluntur buluh biarlah dari rebungnya" .

Mengajar anak anda tentang pengurusan kewangan dari usia muda dapat membimbing mereka menuju ke arah masa depan yang celik kewangan. 

Kenali tentang wang
Kebanyakan kanak-kanak tidak tahu dari mana datangnya wang. Mereka menganggap wang datang dari bank atau poket ibu bapa mereka. Oleh itu amat penting untuk memberi kefahaman kepada mereka bahawa wang bukan jatuh dari langit. Seseorang itu perlu bekerja untuk mendapatkan gaji. Dengan ini, mereka akan memahami bahawa sukar bagi ibu bapa untuk mendapatkan wang, dan mereka tidak sepatutnya membazir wang.

Pada peringkat awal, anda perlu mengajar anak anda tentang duit kertas dan syiling. Biarkan mereka untuk cuba umembuat bayaran sendiri semasa membeli barang. Nilai untuk wang
Semasa membeli belah, anda boleh menunjukkan kepada anak anda produk sama dengan jenama dan harga yang berlainan. Kira produk yang mana adalah senilai dengan harganya. Terangkan kepada mereka cara untuk membandingkan harga barangan yang berlainan jenama dan di kedai yang berlainan sebelum membeli sesuatu barang. Bawa mereka ke pusat membeli belah untuk membiasakan mereka dengan harga pasaran sesuatu barang.

Menetapkan matlamat kewangan

Ketahui benda yang anak anda hendak membeli. Bantu mereka untuk menetapkan satu matlamat kewangan benda yang mereka hendak beli sekarang (jangka masa pendek) dan juga benda yang mereka hendak beli kemudian (jangka masa panjang). Selepas menetapkan matlamat, bantu mereka untuk memikirkan cara mereka boleh mencapai matlamat mereka seperti menabung.

Proses ini bukan sahaja dapat membantu anak anda untuk menguruskan wang mereka dengan baik, tetapi juga dapat memenuhi kepuasan mereka. Ini berlaku semasa mereka mencapai matlamat mereka dengan wang yang mereka simpan.

Perbelanjaan

Ajar anak anda tentang kuasa pembelian mereka, iaitu berapa yang mereka miliki dan berapa yang mereka mampu untuk berbelanja. Biar mereka faham bahawa wang akan habis jika digunakan. Ajar mereka tentang konsep keperluan dan kemahuan, iaitu mereka perlu memahami dan tahu membezakan benda yang mereka betul-betul memerlukan dan benda yang mereka mahu untuk kepuasan diri.

Ajar anak anda untuk berbelanja secara bijak dan tidak dipengaruhi oleh media. Berbincang dengan mereka dengan iklan yang mereka tengok. Bincang dengan mereka dakwaan dan gimik iklan tersebut serta benda yang sebenarnya dijualkan oleh syarikat tersebut. Contohnya, serbuk pencuci yang mengatakan baju akan menjadi putih selepas menggunakannya, sebenarnya tidak seputih dalam iklan.



Simpanan
Berbincang dengan anak cara mereka dapat menyimpan wang dengan:
- Menyimpan sebahagian wang  daripada wang saku harian mereka
- Mengaitkan simpanan dengan benda yang mereka hendak membeli. Ini akan mendorong mereka untuk menyimpan

Tunjukkan kepada anak anda jika dia menyimpan RM1 sehari, maka pada akhir bulan dia akan mempunyai RM30.

Berbincang dengan mereka amaun yang mereka perlu simpan daripada duit saku mereka setiap hari untuk mencapai matlamat mereka. Galakkan anak anda dengan menyimpan secara berterusan dengan menambahkan tabung mereka jika mereka menabung untuk suatu jangka masa. Pengalaman simpanan pertama yang baik akan menggalakkan anak anda untuk menyimpan lagi.

Membantu yang lain
Berbincang dengan anak anda tentang membantu orang lain yang bernasib malang dari segi wang, barangan atau sokongan. Ini boleh dibuat dengan membantu saudara-mara atau kawan-kawan yang memerlukan pertolongan. Berkongsi dengan mereka pengalaman seseorang yang pernah membantu anda atau yang anda pernah membantu orang lain. Anda juga boleh membaca berita tentang sesuatu kerja amal yang telah dijalankan oleh sesuatu organisasi atau seseorang.

Melibatkan anak anda dalam kewangan keluarga
Kadang kala ibu bapa menghadapi kesukaran untuk melarang anak mereka membeli sesuatu barang. Anda hendaklah memberitahu anak anda tentang kedudukan kewangan keluarga dengan menerangkan pendapatan isi rumah dan perbelanjaan bulanan rumah (rumah, kereta, bil-bil, pendidikan). Dengan ini mereka dapat memahami situasi kewangan rumah dan tidak membazirkan duit dengan sesuka hati. Libatkan mereka dalam membuat keputusan membeli sesuatu barangan rumah seperti TV. Mereka akan berasa mereka juga salah satu ahli keluarga yang bertanggungjawab untuk menjaga kewangan keluarga.

Saturday 7 May 2011

BERHEMAT KETIKA JUALAN MURAH

Jualan  murah, harga runtuh, tawaran potongan harga 50 hingga 80 peratus, di pusat membeli-belah sering mendapat perhatian yang menggalakkan daripada pengguna terutamanya golongan wanita yang gemar berbelanja sakan. Persoalannya, adakah jualan murah ini benar-benar wujud atau ia sengaja digunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan, lebih-lebih lagi menjelang musim perayaan.

Contohnya, sehelai selimut tertera dua label harga iaitu RM455 dan selepas diberi diskaun kononnya sebanyak 80 peratus, maka harganya turun mendadak kepada RM109.20.  Tarikh yang tertera pada label harga diskaun ialah 10 Mei 2011 bermakna ia dicetak pada hari berkenaan sementara label dengan harga RM455 – yang kononnya harga asal – tertera tarikh 22 April 2011.

Kesimpulan mudahnya iaitu pengguna ditipu oleh penjual yang tidak bertangggungjawab, kononnya mereka membeli dengan harga diskaun yang sangat menarik, sedangkan sebenarnya pembeli membayar pada harga asal produk. Semasa jualan murah diadakan, terdapat ribuan produk yang dijual dengan tawaran potongan harga bagi menarik perhatian pembeli, yang tanpa disedari mereka sebenarnya terpedaya. Bayangkan keuntungan yang diperoleh peniaga sekiranya taktik serupa dilakukan setiap kali promosi jualan. Tiada siapa yang menyangka, penipuan licik seperti itu didalangi oleh pusat membeli-belah terkenal, bukannnya gerai di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.

Taktik jualan murah menjadi tempat peniaga mencari keuntungan dengan cara yang mudah kerana mereka tahu pengguna pasti membeli produk pada harga yang murah.  Di sinilah pentingnya ilmu kepenggunaan, kerana ia dapat membantu pengguna membuat penilaian terhadap kesahihan harga sesuatu produk sebelum dan ketika promosi jualan murah diadakan.

Membaca label dan melihat tanda harga adalah penting, tapi pengguna sering mengabaikannya. Inilah yang selalu menjadi punca kepada penipuan tanda harga. Sikap tidak suka membaca tanda harga pada produk perlu dikikis untuk menjadi pengguna yang berhemat.

Sikap pengguna yang pantang ternampak iklan jualan murah, pasti akan berpusu-pusu ke pusat beli-belah berkenaan untuk membeli-belah, dipergunakan sepenuhnya oleh pusat membeli belah untuk melariskan produk jualan mereka. Tabiat ini perlu dihentikan, sebaliknya belilah barangan yang dirasakan perlu dan jangan membazir dalam berbelanja. Dengan ini barulah anda boleh menjadi pengguna yang berhemat.



Friday 6 May 2011

PERBELANJAAN RAKYAT MALAYSIA






Adakah kehidupan di bandar memerlukan perbelanjaan yang tinggi? Berdasarkan satu soal selidik yang telah dijalankan di Kuala Lumpur, kebanyakan penduduk Kuala Lumpur menghabiskan banyak wang untuk menggunakan peralatan elektronik teknologi yang moden dan tinggi.

Mengikut kajian yang dibuat oleh Synovate, separuh daripada penduduk yang berpendapatan RM5000 sebulan mempunyai sebuah television plasma di rumah. Manakala bilangan orang yang mempunyai telefon bimbit berteknologi tinggi (smartphone) telah meningkat sebanyak 33% pada tahun 2010, berbanding pada tahun 2009.

Selain Malaysia, negara Hong Kong, Singapura, Korea Selatan, Taiwan, Thailand, Filipina, Indonesia, Australia dan Jepun juga terlibat dalam kajian ini.
Menurut Pengurus Besar Synovate Cawangan Malaysia, Ben Llewellyn, pengguna di Malaysia suka berbelanja tanpa mengira sama ada keadaan ekonomi adalah baik ataupun buruk. Selain itu, beliau juga berkata bahawa pengguna di Malaysia mempunyai ketaatan terhadap sesuatu jenama.

”Mereka banyak berbelanja dalam peralatan elektronik teknologi tinggi seperti televisyen, telefon bimbit dan komputer riba. 71.2% orang yang ditemubual berkata bahawa mereka suka dipandang oleh orang ramai semasa mereka menggunakan ataupun memiliki peralatan tersebut.” ujar beliau.

Di samping itu, beliau juga berkata bahawa keadaan ini akan berlarutan sehingga tahun hadapan.

Perbelanjaan lain ialah:
  1. 96.2% penduduk di Kuala Lumpur paling berpotensi memiliki kereta sendiri; Sydney 94%, Seoul 91.9%
  2. 24.5% penduduk di Kuala Lumpur akan membeli kereta dalam satu tahun lagi, kebanyakan berkata akan bertukar ke kereta yang lebih baik daripada kereta sekarang.
  3. Dalam masa 4 minggu, pembelian kosmetik dan minyak wangi meningkat dari RM213 kepada RM232 dalam sebulan.
  4. 64.4% bangga bahawa mereka mengetahui maklumat terkini dan terbaru.
  5. 75% orang berkata berbelanja untuk mendapat mutu kehidupan yang tinggi dan baik adalah munasabah. 



 

Berbelanja Dengan Sistem Sampul




Pengguna dan isi rumah pada hari ini berhadapan dengan masalah isu kenaikan harga makanan, kenaikan harga petrol dan perkhidmatan-perkhidmatan lain.
FOMCA di bawah Program Celik Kewangan sering mengesyorkan agar pengguna menyediakan bajet peribadi pada awal bulan untuk mengetahui  perbelanjaan yang diperuntukkan. Pengguna dapat  mengenal pasti aliran tunai sebenar perbelanjaan pada akhir bulan.

Salah satu kaedah yang boleh diamalkan oleh pengguna untuk menyediakan bajet peribadi ialah menggunakan sistem sampul.
Pengguna perlu menyediakan beberapa keping sampul surat, salinan bajet dan pensil untuk menyediakan bajet ini.


Langkah 1 : Sediakan bajet.
Anda harus mengenal pasti jumlah pendapatan atau sumber yang akan diterima pada bulan tersebut dan jumlah perbelanjaan yang akan digunakan. Langkah penyediaan bajet akan memberi kesan terhadap situasi kewangan anda.

Langkah 2: Bahagikan perbelanjaan kepada beberapa kategori
Teliti bajet anda dan bahagikan kepada beberapa kategori seperti makanan, penggunaan petrol, pakaian, peralatan rumah, hiburan dan sebagainya. Wujudkan sampul dengan menulis kategori-kategori yang dinyatakan dalam bajet pada setiap sampul.

Langkah 3 : Isikan sampul dengan bajet yang telah diperuntukkan.
Isikan sampul dengan wang yang telah diperuntukkan dalam bajet mengikut kategori.

Langkah 4 : Belanjakan wang
Gunakan wang yang diperuntukkan mengikut kategori sampul. Contohnya, untuk membeli bahan makanan, gunakan wang daripada sampul kategori makanan, Gunakan wang daripada sampul tersebut sehingga habis peruntukan. Pada ketika ini, perbelanjaan bagi kategori yang tidak popular harus dihentikan atau dikurangkan apabila menyediakan bajet bulan hadapan.

Langkah 5: Letakkan mana-mana wang lebihan untuk simpanan
Sekiranya anda mempunyai lebihan wang dalam sampul pada hujung bulan, jadikan ia sebagai tambahan simpanan anda atau gunakan untuk tambahan bayaran kepada liabiliti atau hutang.

Langkah 6 : Isikan semula bajet anda untuk bulan hadapan.Isikan semula wang mengikut bajet ke dalam sampul. Setiap bulan adalah peluang baru dalam menyediakan bajet anda.

Untuk membantu anda mengikuti langkah-langkah di atas, berikut adalah sedikit tip ingin dikongsikan agar impian dan hasrat anda benar-benar menjadi kenyataan.

a) Alihkan peruntukan kategori-kategori anda pada bulan pertama sehingga anda rasa jumlah tersebut bersesuaian dengan bajet sebenar.
 
b) Sekiranya anda tidak membuat pembelian secara tunai, ambil masa beberapa bulan untuk menyesuaikan bajet anda dalam sistem sampul ini. Jangan terus mengalah sekiranya anda tidak dapat mematuhi bajet. Anda harus gigih usaha pada bulan seterusnya.
 
c) Sekiranya anda tidak dapat mematuhi sistem sampul secara bulanan, mulakan secara mingguan atau dwi mingguan. Ia bermatlamatkan untuk mewujudkan suatu sistem yang berkesan untuk anda.
 
d) Walaupun anda menggunakan sistem sampul dengan menggunakan wang tunai, namun anda masih boleh berbelanja menggunakan kad debit. Anda hanya perlu menolak setiap pembelian anda dan catatkan di belakang sampul. Hentikan pembelian sekiranya baki sampul surat menunjukkan “0”.


*sumber dari : Laman Berita Pengguna

Thursday 14 April 2011

Kebaikan dan Keburukan Kad Kredit


Salam 1 Malaysia 


Anda pengguna yang menggunakan kad kredit ? Anda perlu baca ini . Anda perlu mengetahui serba sedikit mengenai kebaikan dan keburukan penggunaan kad kredit . Berikut adalah kebaikan dan keburukan yang perlu anda tahu :

Kebaikan kad kredit :)

-> Mudah dibawa kemana-mana 
-> Mengelakkan risiko dirompak
-> Memudahkan membuat bayaran di kaunter
-> Boleh membuat pembelian secara online

Keburukan kad kredit :)

-> Mudah hilang
-> Kemungkinan anda akan berbelanja terlebih dari bajet anda
-> Kadar caj tinggi
-> Hutang akan bertambah sekiranya membuat bayaran secara minimum

Saturday 2 April 2011

Buku Celik Wang

Salam 1 Malaysia 

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kebaikan sebuah buku yang wajib dibaca oleh semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda untuk belajar pengurusan wang secara bijak . Buku itu bertajuk "Celik WangPengurusan Wang Secara Bijak" . Buku ini diterbitkan oleh Agensi Kaunseling dan Penggunaan Kredit .

Matlamat Celik Wang adalah untuk mengajar cara mengurus wang dengan bijaksana supaya anda boleh berbelanja mengikut kemampuan seterusnya mencapai matlamat kewangan anda dengan mudah . Buku ini juga menekankan agar anda sentiasa dapat mengawal prestasi kewangan anda . "Celik Wang" merupakan sebuah buku panduan untuk anda menguruskan wang anda secara bijak . Mari saksikan video ini ...



Buku Celik Wang ini adalah hasil penterjemahan buku Money Sense . Jika anda perlukan maklumat lanjut , sila layari laman web www.akpk.org.my atau hubungi pusat khidmat pelanggan AKPK di 1800-88-2575 .

Saturday 26 March 2011

Simpanan Dana Kecemasan






Salam 1 Malaysia 

"Dana kecemasan" biasanya adalah satu dana yang disimpan untuk membayar perbelanjaan di luar jangkaan. Sebagai contoh:
  • Tayar kenderaan anda perlu ditukar dengan yang baru.
  • Rumah anda penuh dengan anai-anai dan memerlukan rawatan pakar makhluk perosak.
  • Ahli keluarga anda memgalami masalah kesihatan yang memrlukan pembedahan segera.
  • Rumah anda dimasuki pensuri dan kehilangan kesemua barangan berharga.
  • Tiba-tiba syarikat anda bankrap.

Senarai ini boleh berterusan panjangnya dan anda mungkin tidak mengalami hanya satu daripadanya, tetapi kesemuanya serentak! Jika kesemua masalah ini berlaku secara serentak anda akan mengahadapi saat paling getir di dalam hidup.


Mengapa Perlu Ada "Dana Kecemasan"
Kehidupan setiap orang mempunyai turun naiknya, hari baik dan hari sukar.  Apabila anda menyimpan untuk waktu kecemasan, anda melindungi diri anda dan keluarga anda. Anda bersedia untuk situasi-situasi yang tidak diduga, pada waktu itulah anda memerlukan simpanan duit kecemasan untuk masa-masa sukar. Bak kata peribahasa Melayu , "Sediakan payung sebelum hujan"

Amat mudah untuk terperangkap dalam hutang lebih-lebih lagi hutang kad kredit dan ceti haram jika anda tidak mempunyai duit simpanan. Anda perlu membayar bil dan memastikan hutang kad kredit sentiasa rendah walaupun ketika sesuatu yang tidak diduga berlaku ke atas anda.
Oleh kerana tiada siapa yang boleh menjangkakan masa hadapan, setiap daripada kita memerlukan dana kecemasan.

Bagaimana saya boleh menyimpan, sedangkan saya tidak mempunyai banyak duit?
Caranya ialah:
  • Simpan duit untuk diri sendiri terlebih dahulu.
  • Buka satu "akaun simpanan automatik" yang membolehkan anda mengeluarkannya ketika kecemasan.
  • Turunkan perbelanjaan anda dengan berbelanja secara bijak.
  • Tetapkan beberapa syarat untuk menggunakan duit, iaitu syarat yang BENAR-BENAR ketat.
  • Cuba sehingga anda berjaya dan janganlah cepat berputus asa.

Simpan Sendiri Terlebih Dahulu
Pada kebanyakan masa apabila kita mendapat gaji, kita mula membayar untuk itu dan ini, dan kepada orang lain terlebih dahulu, hanya selepas itu kita menyimpan bakinya. Ini adalah terbalik. Ia adalah duit anda dan anda berhak menyimpan sebahagiannya untuk diri dan keluarga anda.

Jangan berputusa asa jika anda hanya dapat menyimpan sedikit. Menyimpan satu Ringgit sehari atau RM10 seminggu, mungkin tidak banyak tetapi dihujung tahun, anda akan mempunyai RM365 atau RM520. Seperti pepatah Melayu ada mengatakan,"Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!". Adalah lebih baik untuk menyimpan sedikit setiap minggu daripada cuba menyimpan dengan banyak dan gagal.
Apabila anda menyimpan terlebih dahulu, anda akan dapat memastikan perbelanjaan mengikut baki duit yang ada. Jika anda tidak nampak duit, anda tidak berpeluang untuk membelanjakannya.


Berapa banyak yang patut disimpan

Sebagai garis panduan, sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda. Adalah lebih baik bermula dengan jumlah yang anda selesa dan secara perlahan-perlahan menuju ke arah matlamat itu. Sudah tentu jika anda boleh simpan lebih, itu adalah lebih baik.

Matlamat anda adalah untuk menyimpan dana kecemasan yang cukup untuk tiga ke enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Anda boleh melakukannya dengan cuba menyimpan perbelanjaan seminggu, kemudian dua minggu dan secara perlahan bertambah kepada sebulan dan seterusnya.

Di manakah saya perlu menyimpan "Dana Kecemasan" saya?
Dana kecemasan anda perlu disimpan dalam satu akaun yang senang untuk anda keluarkan di dalam waktu-waktu kecemasan. Anda boleh memilih untuk membuka Akaun Simpanan dengan bank tetapi memilih untuk tidak memiliki kad ATM. Alternatifnya, anda juga boleh memilih untuk melabur sebahagian darinya ke dalam dana Amanah Saham kerajaan. Pilih dana yang memastikan keselamatan kepada kapital anda sementara memberikan pulangan yang berpatutan.

Apabila anda mendapat pendapatan, ingat untuk menyimpan bagi diri sendiri terlebih dahulu. Cara yang mudah untuk melakukan ini ialah dengan berdaftar dengan skim potongan gaji. Anda boleh meminta majikan anda atau bank anda untuk menyimpan sebahagian daripada gaji anda ke dalam akaun simpanan/amanah saham anda setiap bulan. Ingat bahawa akaun ini adalah untuk kecemasan sahaja dan seboleh yang mungkin, anda tidak akan menggunakannya untuk tujuan lain!


Bagaimana saya boleh tahu bila "Dana Kecemasan" dapat digunakan?
Keputusan ini bergantung pada situasi anda. Anda perlu memikirkan hal ini dengan lebih awal dan kemudian patuhi syarat-syarat anda sendiri.

Soalan-soalan berikut mungkin boleh membantu anda dalam menetapkan beberapa syarat:
  • Adakah perbelanjaan ini satu keperluan atau kehendak?
  • Adakah saya benar-benar perlu membelinya hari ini?
  • Apa yang akan berlaku jika saya tidak membelanjakannya sekarang?
  • Bolehkah saya mendapat pengganti yang lebih murah?
  • Adakah cara lain untuk saya membayar perbelanjaan ini tanpa perlu berhutang?
  • Jika saya menggunakan duit ini hari ini, bagaimana perasaan saya tentang keputusan saya ini pada bulan hadapan?

Sentiasa ingat bahawa ini adalah "Dana Kecemasan" anda dan jika ia bukan kecemasan, anda tidak akan menyentuhnya.