Kata-kata Aluan dan Profil Pemilik Blog ツ

My photo
Batu Pahat, Malaysia
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia . Saya , Nur Syarah Rabiha Binti Baharudin mewakili SMK Convent , Batu Pahat Johor. Berumur 17 tahun . Saya merupakan calon SPM 2011 dan mengambil subjek Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas sebagai subjek peperiksaan saya . Oleh itu , saya mempunyai sedikit asas-asas ilmu mengenai kewangan . Blog ini ditubuhkan adalah untuk saya berkongsi sedikit sebanyak ilmu mengenai wang dan bagaimana ingin menjadi seseorang yang celik wang . Tidak semua mampu menyimpan wang dengan bijak . Ingin tahu lebih lanjut , sila follow blog saya ini dan click "LIKE" di Fan page Facebook . Selamat Membaca dan jangan lupa tinggalkan komen atau soalan anda . Terima Kasih :)

Tuesday 22 February 2011

Pengertian Wang

Salam 1 Malaysia   

Masyarakat zaman dahulu mengamalkan sistem barter , iaitu aktiviti pertukaran barangan secara langsung antara seseorang induvidu dengan individu yang lain tanpa penggunaan wang .

Namun , melalui sistem barter , terdapat banyak masalah yang boleh timbul . Antaranya : 
  • Individu sukar memenuhi dua kehendak yang serentak untuk memperoleh barangan yang diperlukan .
  • Barang yang ditukar tidak mempunyai nilai yang tepat .
  • Barangan sukar untuk dibahagikan kepada unit-unit yang kecil .
  • Barangan tidak mempunyai simpanan nilai yang baik iaitu tidak tahan lama dan akan mengalami kemerosotan nilai . 
Kelemahan dan masalah yang timbul dalam sistem barter telah membawa kepada kemunculan "Sistem Wang" .

Dalam konteks ekonomi , wang didefinasikan sebagai sesuatu komoditi atau benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan pertukarang untuk memperoleh barang dan perkhidmatan yang dikehendaki .


Syarat penting untuk sesuatu bahan diterima sebagai wang ialah mendapat keyakinan masyarakat umum dari segi kestabilan nilainya .


Pada zaman dahulu , wang terdiri daripada wang komoditi , wang logam , berlian , mutiara , resit daripada tukang emas dan akhirnya menjadi wang sah , iaitu wang kertas dan duit syiling . Malah deposit semasa dalam bank juga merupakan sebahagian daripada jenis wang yang banyak beredar dalam ekonomi yang maju dan aktif .