Kata-kata Aluan dan Profil Pemilik Blog ツ

My photo
Batu Pahat, Malaysia
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia . Saya , Nur Syarah Rabiha Binti Baharudin mewakili SMK Convent , Batu Pahat Johor. Berumur 17 tahun . Saya merupakan calon SPM 2011 dan mengambil subjek Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas sebagai subjek peperiksaan saya . Oleh itu , saya mempunyai sedikit asas-asas ilmu mengenai kewangan . Blog ini ditubuhkan adalah untuk saya berkongsi sedikit sebanyak ilmu mengenai wang dan bagaimana ingin menjadi seseorang yang celik wang . Tidak semua mampu menyimpan wang dengan bijak . Ingin tahu lebih lanjut , sila follow blog saya ini dan click "LIKE" di Fan page Facebook . Selamat Membaca dan jangan lupa tinggalkan komen atau soalan anda . Terima Kasih :)

Saturday 26 March 2011

Simpanan Dana Kecemasan






Salam 1 Malaysia 

"Dana kecemasan" biasanya adalah satu dana yang disimpan untuk membayar perbelanjaan di luar jangkaan. Sebagai contoh:
  • Tayar kenderaan anda perlu ditukar dengan yang baru.
  • Rumah anda penuh dengan anai-anai dan memerlukan rawatan pakar makhluk perosak.
  • Ahli keluarga anda memgalami masalah kesihatan yang memrlukan pembedahan segera.
  • Rumah anda dimasuki pensuri dan kehilangan kesemua barangan berharga.
  • Tiba-tiba syarikat anda bankrap.

Senarai ini boleh berterusan panjangnya dan anda mungkin tidak mengalami hanya satu daripadanya, tetapi kesemuanya serentak! Jika kesemua masalah ini berlaku secara serentak anda akan mengahadapi saat paling getir di dalam hidup.


Mengapa Perlu Ada "Dana Kecemasan"
Kehidupan setiap orang mempunyai turun naiknya, hari baik dan hari sukar.  Apabila anda menyimpan untuk waktu kecemasan, anda melindungi diri anda dan keluarga anda. Anda bersedia untuk situasi-situasi yang tidak diduga, pada waktu itulah anda memerlukan simpanan duit kecemasan untuk masa-masa sukar. Bak kata peribahasa Melayu , "Sediakan payung sebelum hujan"

Amat mudah untuk terperangkap dalam hutang lebih-lebih lagi hutang kad kredit dan ceti haram jika anda tidak mempunyai duit simpanan. Anda perlu membayar bil dan memastikan hutang kad kredit sentiasa rendah walaupun ketika sesuatu yang tidak diduga berlaku ke atas anda.
Oleh kerana tiada siapa yang boleh menjangkakan masa hadapan, setiap daripada kita memerlukan dana kecemasan.

Bagaimana saya boleh menyimpan, sedangkan saya tidak mempunyai banyak duit?
Caranya ialah:
  • Simpan duit untuk diri sendiri terlebih dahulu.
  • Buka satu "akaun simpanan automatik" yang membolehkan anda mengeluarkannya ketika kecemasan.
  • Turunkan perbelanjaan anda dengan berbelanja secara bijak.
  • Tetapkan beberapa syarat untuk menggunakan duit, iaitu syarat yang BENAR-BENAR ketat.
  • Cuba sehingga anda berjaya dan janganlah cepat berputus asa.

Simpan Sendiri Terlebih Dahulu
Pada kebanyakan masa apabila kita mendapat gaji, kita mula membayar untuk itu dan ini, dan kepada orang lain terlebih dahulu, hanya selepas itu kita menyimpan bakinya. Ini adalah terbalik. Ia adalah duit anda dan anda berhak menyimpan sebahagiannya untuk diri dan keluarga anda.

Jangan berputusa asa jika anda hanya dapat menyimpan sedikit. Menyimpan satu Ringgit sehari atau RM10 seminggu, mungkin tidak banyak tetapi dihujung tahun, anda akan mempunyai RM365 atau RM520. Seperti pepatah Melayu ada mengatakan,"Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit!". Adalah lebih baik untuk menyimpan sedikit setiap minggu daripada cuba menyimpan dengan banyak dan gagal.
Apabila anda menyimpan terlebih dahulu, anda akan dapat memastikan perbelanjaan mengikut baki duit yang ada. Jika anda tidak nampak duit, anda tidak berpeluang untuk membelanjakannya.


Berapa banyak yang patut disimpan

Sebagai garis panduan, sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan anda. Adalah lebih baik bermula dengan jumlah yang anda selesa dan secara perlahan-perlahan menuju ke arah matlamat itu. Sudah tentu jika anda boleh simpan lebih, itu adalah lebih baik.

Matlamat anda adalah untuk menyimpan dana kecemasan yang cukup untuk tiga ke enam bulan perbelanjaan bulanan anda. Anda boleh melakukannya dengan cuba menyimpan perbelanjaan seminggu, kemudian dua minggu dan secara perlahan bertambah kepada sebulan dan seterusnya.

Di manakah saya perlu menyimpan "Dana Kecemasan" saya?
Dana kecemasan anda perlu disimpan dalam satu akaun yang senang untuk anda keluarkan di dalam waktu-waktu kecemasan. Anda boleh memilih untuk membuka Akaun Simpanan dengan bank tetapi memilih untuk tidak memiliki kad ATM. Alternatifnya, anda juga boleh memilih untuk melabur sebahagian darinya ke dalam dana Amanah Saham kerajaan. Pilih dana yang memastikan keselamatan kepada kapital anda sementara memberikan pulangan yang berpatutan.

Apabila anda mendapat pendapatan, ingat untuk menyimpan bagi diri sendiri terlebih dahulu. Cara yang mudah untuk melakukan ini ialah dengan berdaftar dengan skim potongan gaji. Anda boleh meminta majikan anda atau bank anda untuk menyimpan sebahagian daripada gaji anda ke dalam akaun simpanan/amanah saham anda setiap bulan. Ingat bahawa akaun ini adalah untuk kecemasan sahaja dan seboleh yang mungkin, anda tidak akan menggunakannya untuk tujuan lain!


Bagaimana saya boleh tahu bila "Dana Kecemasan" dapat digunakan?
Keputusan ini bergantung pada situasi anda. Anda perlu memikirkan hal ini dengan lebih awal dan kemudian patuhi syarat-syarat anda sendiri.

Soalan-soalan berikut mungkin boleh membantu anda dalam menetapkan beberapa syarat:
  • Adakah perbelanjaan ini satu keperluan atau kehendak?
  • Adakah saya benar-benar perlu membelinya hari ini?
  • Apa yang akan berlaku jika saya tidak membelanjakannya sekarang?
  • Bolehkah saya mendapat pengganti yang lebih murah?
  • Adakah cara lain untuk saya membayar perbelanjaan ini tanpa perlu berhutang?
  • Jika saya menggunakan duit ini hari ini, bagaimana perasaan saya tentang keputusan saya ini pada bulan hadapan?

Sentiasa ingat bahawa ini adalah "Dana Kecemasan" anda dan jika ia bukan kecemasan, anda tidak akan menyentuhnya.

Saturday 19 March 2011

Perancangan Kewangan Bagi Pelajar

Salam 1 Malaysia

Untuk merancang kewangan , kita perlu lahh bermula dari awal . Bak kata pepatah , "Melentur buluh , biarlah dari rebungnya " Hampir setiap kanak-kanak akan mendapat wang saku mereka dari ibu bapa mereka . Namun , mereka tidak tahu untuk membelanjakan wang tersebut dengan jalan yang betul . Berikut merupakan beberapa tip yang dapat membantu pelajar dalam merancang kewangan mereka . 

RANCANG PERBELANJAAN 
 Apabila mendapat wang , rancanglah perbelanjaan . Jadikan tabiat menabung sebagai satu amalan kehidupan harian .Sebagai contoh , setiap kali kita mendapat wang saku , rekod jumlah wang yang diterima dan rekod segala perbelanjaan yang ingin dibuat supaya dapat melihat anggaran simpanan yang boleh dibuat . Elakkan dari berbelanja melebihi wang yang diperuntukkan .

BERBELANJA DENGAN BIJAK 
  1. Berbelanjalah wang anda dengan bijak . Beli barang yang hanya diperlukan sahaja . Membeli mengikut keperluan , bukan mengikut kehendak .
  2. Jangan meminjam  wang dari sesiapapun .
  3. Jangan berbohong kepada ibudapa semata-mata kerana ingin mendapatkan wang .
  4. Jangan meminta sesuatu yang diluar kemampuan ibubapa .
MENYIMPAN WANG DI TEMPAT YANG SELAMAT

Baki wang yang beradadi tangan setelah berbelanja haruslah direkodkan dan disimpan ditempat yang selamat dan tidak diketahui orang . Seperti contoh bank . Bank merupakan institusi penerima simpanan yang selamat .

PASTIKAN SENTIASA MEMPUNYAI WANG DI TANGAN

Elakkanlah berbelanja sehingga wang ditangan habis begitu sahaja . Ini kerana kita memerlukan wang sentiasa ada ditangan untuk kegunaan bila-bila masa .


Saturday 12 March 2011

Fungsi-fungsi Wang

Salam 1 Malaysia

Wang mempunyai empat fungsi yang utama , iaitu sebagai alat : 
  •  Alat Perantaraan Pertukaran
  • Unit Ukuran Nilai
  • Alat Simpanan Nilai
  • Alat Bayaran Tertunda

ALAT PERANTARAAN PERTUKARAN
Wang merupakan suatu komoditi perantaraan pertukaran yang boleh diterima umum . Wang memudahkan proses pertukaran barang dan perkhidmatan . Penggunaan wang menyelesaikan masalah kehendak serentak yang dihadapi dalam sistem barter . Sistem barter sukar untuk menyelesaikan masalah kehendak serentak .

UNIT UKURAN NILAI 

Barang-barang yang berada dipasaran telah ditetapkan dengan nilai harga . Harga menentukan nilai sesuatu barang . Wang memberikan ukuran seragam untuk nilai barang dan perkhidmatan . 

 ALAT SIMPANAN NILAI 
Wang boleh dijadikan alat simpanan nilai kerana sifatnya yang tahan lama . Jika wang disimpan ia boleh digunakan pada masa hadapan atau untuk tujuan awasan . Namun , jika ia dismpan di institusi kewangan , pendeposit akan mendapat faedah ke atas simpanannya dan ini akan menambahkan jumlah wangnya . 

 ALAT BAYARAN TERTUNDA 
 Fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda membolehkan seseorang individu membeli sesuatu barang dan perkhidmatan secara kredit ansuran atau sewa beli , iaitu membolehkan sesuatu barangan terlebih dahulu dan membayar harganya pada masa depan secara ansuran .

Thursday 10 March 2011

Jenis-jenis Wang



Salam 1 Malaysia

Apa khabar semua para pembaca ? Harap sihat-sihat saja . Pada kali ini , saya ingin menerangan tentang jenis-jenis wang Malaysia . Peranan wang dalam ekonomi adalah besar dan bertujuan untuk transaksi benda dan wang . Wang boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis , iaitu :

DUIT SYILING


 Duit syiling adalah wang yang diperbuat daripada logam seperti nikel dan gangsa dan dikeluarkan oleh The Royal Mint of Malaysia dibawah kawalan Bank Negara Malaysia (BNM) . Ia mempunyai nilai muka yang kecil iaitu 1 sen , 5 sen , 10 sen , 20 sen dan 30 sen yang bertujuan melancarkan urus niaga . Ia juga merupakan wang tanda kecuali duit syiling 1 sen . Wang tanda bermaksud duit syiling mempunyai nilai muka yang lebih tinggi daripada nilai logam yang terkandung didalamnya . Duit syiling di Malaysia merupakan wang sah terhad iaitu penerimaan duit syiling adalah terhad kepada sejumlah kuantiti tertentu sahaja apabila digunakan untuk membuat pembayaran .

WANG KERTAS 


Kuantiti wang kertas yang dikeluarkan oleh semua negara didunia bergantung kepada rizab antarabangsa , iaitu jumlah emas dan pertukaran asing yang dimiliki oleh negara tersebut . Syarat ini dibuat untuk memgelakkan  sesebuah negara daripada mencetak wang kertas dengan banyak sehingga wujudnya inflasi dan menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan terhadap nilai wang tersebut . Wang kertas merupakan wang flat, iaitu wang yang diperintah dan dijamin oleh kerajaan sebagai wang sah dalam membuat pembayaran . Wang kertas merupakan wang sah penuh , iaitu wang yang diiktiraf oleh kerajaan dan harus diterima sebagai alat perantaraan pertukaran . Wang kertas mempunyai nilai nominal yang lebih tinggi iaitu RM1 , RM2 , RM5 , RM10 , RM50 , dan RM100 .  Wang ertas dan duat syilingadalah mata wang negara . 
DEPOSIT SEMASA 

Perkhidmatan deposit semasa hanya ditawarkan oleh bank perdagangan sahaja . Pelanggan yang mempunyai deposit diberi kemudahan menggunakan cek . Deposit semasa dianggap sebagai wang kerana deposit semasa boleh ditukarkan dalam bentuk wang tunai harta tetap pada bila-bila masa dan membolehkan seseorang individu membuat pembayaran dengan menggunakan cek .Walaubagaimanapun , deposit semasa dalam bank bukan merupakan wang sah , iaitu seseorang individu boleh menolak pembayaran dalam bentuk cek bagi urus niaga barang dan perkhidmatan yang dijalankan . Dalam sektor korporat , pembayaran melalui cek amat degemari dan popular kerana ia adalah lebih selamat , lebih tepat dan lebih mudah dibawa ke mana-mana , iaitu mempunyai sifat boleh pindah tangan . 




Friday 4 March 2011

Ciri-ciri Wang

Salam 1 Malaysia

Setiap hari, anda menggunakan wang untuk membeli makanan, membayar tambang bas dan sebagainya. Namun, sedarkah anda apakah ciri-ciri wang ? Pada post kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda mengenai ciri-ciri wang . Ciri-ciri wang ialah :

  • -> diterima umum
  • -> penawaran terhad
  • -> kestabilan nilai
  • -> mudah dibawa
  • -> boleh dibahagikan kepada unit yang lebih kecil 

DITERIMA UMUM   
Sebarang komoditi atau benda yang digunakan sebagai wang harus diterima umum oleh masyarakat . Kenyataan ini sebagai satu syarat bagi membolehkan benda tersebut dianggap sebagai wang dan berfungsi sebagai alat perantaraan pertukaran. 

PENAWARAN TERHAD
Barang yang dijadikan sebagai wang mesti mempunyai penawaran yang terhad supaya nilai sesuatu mata wang adalah terjamin. Penawaran yang terhad akan dapat mewujudkan keyakinan dan kepercayaan orang ramai terhadap nilai sesuatu mata wang dan mengelakkan nilainya daripada sentiasa berubah. 

KESTABILAN NILAI 
Benda yang boleh dijadikan wang mestilah mempunyai nilai yang stabil, iaitu nilainya tidak mudah berubah dalam jangka masa pendek atau panjang. Kestabilan nilai mata wang adalah penting supaya mendapat keyakinan orang ramai dalam memainkan peranan sebagai alat pembayaran dan penyimpanan harta pada masa depan.  

TAHAN LAMA 
Sesuatu benda yang hendak digunakan sebagai wang mestilah mempunyai sifat yang tahan lama dan tidak mudah rosak. Oleh itu, ia dapat berfungsi sebagai alat penyimpanan nilai yang mana ia boleh digunakan untuk suatu jangka masa yang panjang.

MUDAH DIBAWA
Benda atau bahan yang dijadikan sebagai wang mesti ringan, kecil, dan mudah pindah tangan antara seseorang individu kepada individu yag lain. Justeru, benda tersebut mestilah bersaiz kecil dan ringan. 

BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA UNIT YANG LEBIH KECIL
Benda atau bahan yang dijadikan sebagai wang mesti mudah dibahagikan kepada unit-unit kecil dan dalam pelbagai unit ukuran. Keadaan ini membolehkan urus niaga dapa dijalakan dengan mudah dan tepat.